Pages
INTRO
Hey guys, I want to make this blog looks like Geneva,Switzerland fair and square. Hope you can help me to spread the massage, but there is no bank here. thanks. For the people whose read this blog, you can become the ICJ judge by yourself.Thanks a lot.
Jumaat, 27 Mei 2011
Khalid persoal konsert MTV World Stage
SHAH ALAM 26 Mei - Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Abdul Samad (gambar) hari ini mempersoalkan tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membenarkan penganjuran konsertMTV World Stage di i-City pada 24 Julai ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Shah Alam berkata, penganjuran konsert itu tidak sesuai diadakan di i-City kerana kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan perumahan dan akan menganggu keselesaan penduduk sekitar.
"Saya menerima banyak bantahan daripada penduduk Shah Alam terutama penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan penganjuran konsert seperti itu di kawasan mereka," katanya di sini hari ini.
Pada satu sidang akhbar pada 18 Mei lalu, MTV mengesahkan kehadiran kumpulan rock antarabangsa, 30 Seconds To Mars yang akan beraksi bersama kumpulan rock tempatan, Pop Shuvit.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd.Jaafar Mohd. Atan yang menyuarakan kegembiraannya kerana penganjur memilih bandar raya ini sebagai lokasi acara bertaraf antarabangsa sekali gus mempopularkannya di kalangan penggemar muzik seluruh dunia.
Khalid menggesa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab menarik balik kebenaran tersebut selain mendesak pihak penganjur supaya memindahkan konsert itu ke lokasi lain.
"PBT yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu menarik balik kebenaran tersebut kerana i-City tidak sesuai untuk penganjuran konsert seperti itu.
"Konsert tersebut boleh dianjurkan di tempat lain seperti di Bukit Jalil kerana lokasinya yang jauh dari kawasan perumahan," tegasnya.
Di negara barat sekali pun, katanya, penganjuran konsert biasanya diadakan di dalam stadium kerana ia lebih besar dan boleh menampung kehadiran ribuan penonton.
ps : bagus jugak khalid nih, tapi kena ikhlas lah, tidak pahala tersekat dekat langit ke tujuh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
NEWS
-
-
How to Expand Your Business with UCaaS3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif9 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia10 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
G.L.O.B.A.L
-
-
-
-
-
-
-
UN court acquits Serb ultranationalist Seselj of all counts3 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan