Diharapkan selepas ini pihak kerajaan akan mengkaji dan memanggil pakar luar bukan semata mata mengetahui punca tanah runtuh sahaja, semua orang tahu kuasa Allah mengatasi segalanya.
Sudah tiba masanya Malaysia membuat dokumentari dan kajian mengenai cara cara untuk menyelamatkan diri ketika tanah runtuh.
Negara2 barat seperti Amerika Syarikat sering menayangkan dokumentari cara2 terbaik untuk menyelamatkan diri ketika ribut dan gempa bumi.
Jepun juga sering mengadakan latihan2 asas dan panduan asas kepada rakyatnya tindakan terbaik yg patut dilakukan ketika gempa bumi.
Tetapi kita tidak boleh ikut mereka, bencana yg biasa menimpa negara kita adalah banjir dan tanah runtuh sahaja.
Contoh terbaik yg sedar diri adalah negara Jepun, asas kekuatan bangunan mereka adalah antara yg terbaik dan tercanggih di dunia, namun pemerintah masih mengadakan rehearsel dan membuat latihan langkah2 menyelamatkan diri ketika berlaku bencana kepada semua rakyatnya.
Mungkin selepas ini kajian2 keselamatan, dan langkah2 terbaik boleh dijadikan dokumentari agar dapat menerangkan rakyat bagaimana cara dan tindakan terbaik patut diambil ketika berlaku bencana.
Kita tidak boleh terus menerus menyalah dan menuding jari mana2 pihak, kita harus akui tanah negara kita bukan batu, tapi tanah merah yg lembut. Takkan kita mahu 'menukar jenis tanah' pula ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan