INTRO

Hey guys, I want to make this blog looks like Geneva,Switzerland fair and square. Hope you can help me to spread the massage, but there is no bank here. thanks. For the people whose read this blog, you can become the ICJ judge by yourself.Thanks a lot.

Rabu, 15 Jun 2011

MAHUKAH KITA BERFIKIR DUA KALI DENGAN TINDAKAN KITA ?




PETALING JAYA – Sekumpulan penggodam mengeluarkan amaran dan acaman untuk menyerang laman web www.malaysia.gov.my.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous berkata, mereka akan melancarkan serangan pada 7.30 petang GMT pada hari Rabu (3.30 pagi Khamis, waktu Malaysia) dan menamakan operasi tersebut sebagai “Operation Malaysia.”




Mereka telah mengepos ancaman tersebut pada laman web,http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Mikko Hypponen, Ketua Pegawai Pengkaji di F-Secure Corporation – sebuah syarikat sistem keselamatan komputer yang bertapak di Helsinki, Finland menyatakan dalam satu Tweet (Twitter) tentang serangan tersebut pada 4.42 pagi waktu Malaysia.
Tiada maklumat lanjut yang dapat diambil buat masa sekarang. Sebab mengapa kumpulan Anonymous ini mensasarkan laman web Malaysia untuk diserang juga tidak diketahui.

Sejak beberapa minggu lalu, aktiviti “mengodam” ini didapati semakin meningkat dengan beberapa kumpulan penggodam telah menyasarkan beberapa organisasi atas sebab politik.
Para penggodam setakat ini telah menyerang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan syarikat Sony Playstation Network, begitu juga dengan syarikat aeronotik, Lockheed Martin Corp dan Citibank di Amerika Utara.

Sementara itu, kumpulan Anonymous melalui satu satu video di Youtube mengenai serangan ke atas Malaysia berkata, tindakan mereka didorong oleh langkah kerajaan Malaysia yang mahu menghalang akses kepada 10 buah laman web muat turun yang didakwa menyebarkan perisian/filem/permainan komputer dan lain-lain secara cetak rompak.
Kumpulan tersebut mendakwa, tindakan menyekat dan menapis bahan-bahan di internet sebagai satu perbuatan yang mencabul hak asasi manusia.

ps : ada jugak rakyat luar negara yg sudi mendengar rintihan rakyat Malaysia yg miskin papa kedana, makan RM 5 sehari, gaji purata 500++ $ us Dollar, makan bercatu, makan rasuah, yg x mampu nak beli benda2 tu semua, dengan internet kelajuan paling pantas di Asia. Last2 DSAI punya nama naik, angkara dia la ni..hadoih bangangnya.




Tiada ulasan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...