INTRO

Hey guys, I want to make this blog looks like Geneva,Switzerland fair and square. Hope you can help me to spread the massage, but there is no bank here. thanks. For the people whose read this blog, you can become the ICJ judge by yourself.Thanks a lot.

Selasa, 24 Mei 2011

ELAK BOCOR KEPUTUSAN PILIHANRAYA, SPR KEMUKA CADANGAN.


PUTRAJAYA  – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan



 pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.
Katanya, perkara tersebut akan diputuskan pada bulan depan. “Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab menghebahkan keputusan, yang bukan sahaja menghebahkannya, tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya telah memenangi pilihan raya tersebut.
“Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Jadi, salah satu ialah mungkin kita nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada pukul 5 petang, tidak ada kira awal, walaupun pusat mengundi ditutup awal,” katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini. – BERNAMA
ps : kalau bocor jugak ? cari option lain lagi ..... hmppph Malaysian Preview, you decide

Tiada ulasan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...