INTRO

Hey guys, I want to make this blog looks like Geneva,Switzerland fair and square. Hope you can help me to spread the massage, but there is no bank here. thanks. For the people whose read this blog, you can become the ICJ judge by yourself.Thanks a lot.

Selasa, 24 Mei 2011

FELDA BOROS ATAU GEORGE SOROS ?


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Felda telah meminjam RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung masalah kewangan yang dialami organisasi itu.


Pengerusi Anak, Mazlan Aliman mendakwa, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian namun tidak dapat memastikan kesahihannya.

Bagaimanapun, katanya persoalan ini mungkin berkaitan dengan Felda sejak diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kawalan kewangan yang keterlaluan dan digunakan secara boros.


Antaranya pelaburan Felda dalam Syarikat Twin Rivers Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM 270 juta, dan pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd berjumlah RM500 juta di Cincinnati dan Boston.

“Felda juga membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Tan Sri Dr Yusof Nor berjumlah RM 84,923 serta membayar elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda berjuta ringgit setiap tahun,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini hari ini.

Minta penjelasan Felda

Justeru beliau meminta pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan perkara ini.

“Untuk apa wang RM 6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab Felda namun dinafikan Ahmad Maslan.

“Alasan yang digunakan Datuk Ahmad berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM 4.08 bilion pada 2004 kepada RM 1.35 bilion pada 2009 adalah ia digunakan untuk menampung kos peneroka.

“Namun dakwaan Felda meminjam daripada KWSP ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku,” kata Mazlan yang turut sangsi dengan keuntungan yang diperoleh Felda.

Persoal METC

Tegas AJK PAS Pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.

Sementara itu, Mazlan juga meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC) di Subang, Selangor.

“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.

“Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat?

sumber- mimpi senja


ps : boros2 pun orang FELDA ada rumah atas tanah, nak nyala api senang nak padam susah !

Tiada ulasan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...