INTRO

Hey guys, I want to make this blog looks like Geneva,Switzerland fair and square. Hope you can help me to spread the massage, but there is no bank here. thanks. For the people whose read this blog, you can become the ICJ judge by yourself.Thanks a lot.

Isnin, 23 Mei 2011

LIM GUAN ENG CAMPUR FELDA PULAK ?


PETALING JAYA: Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya




 bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat, apabila harga gula sebanyak 20 sen dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.
“Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini, dipetik dari portal berita kedahlanie.
Beliau berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.
“Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.
“Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus.
“Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.
MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.
Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.
Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.
Lim merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.
“Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?
Golongan miskin
“Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.
“Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin.
“BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM,” katanya.
Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.
“Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.
“(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya.

KREDIT - FREE MALAYSIA TODAY.

me : jaga kampung baru sudah, kan Nizar dah bagi  tanah selagi ada bintang dan bulan.

Tiada ulasan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...