Inilah sikap segelintir orang Melayu yg masih tidak berubah, mereka mahukan saudara Najib jadi penjaga tandas atau conductor bus baru puas hati agaknya ?
. Sikap pembangkang yg suka menjadikan kejayaan orang lain sebagai medium untuk menukar semua orang Melayu menjadi ketam lumpur di dalam bekas, rasanya semua sedia maklum kisah ketam ni. Tidak suka melihat kejayaan orang lain, tidak boleh lihat orang senang sikit dan lain2 perkara jijik lagi.
Tapi yg bercakap2 ini masih di kedai kopi, mengutuk2 program kerajaan dan bermain dam haji sehingga senja. Jangan kita jadikan alasan kejayaan orang lain sebagai wadah untuk membenci tanpa berasas. Agaknya jika mereka dapat tahu sheikh muzapar 7 keturunan sebelumnya pernah bercinta dengan 7 keturunan sebelum Najib juga mereka akan dedahkan, dan ini contoh semata mata, x perlu dikaji pulak !!.
Sekiranya mendapat tahu anak jiran sebelah dapat 5A, kita santau, beli Rumah di Hartamas, kita santau !!. Saya memohon kepada portal pembangkang jangan mengajar atau menghasut orang Melayu jadi seorang yg iri hati, busuk hati dan lain2 lagi, merugikan bangsa sahaja.
ps : adakah semua penulis portal pembangkang orang Melayu ? you decide !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan