INTRO

Hey guys, I want to make this blog looks like Geneva,Switzerland fair and square. Hope you can help me to spread the massage, but there is no bank here. thanks. For the people whose read this blog, you can become the ICJ judge by yourself.Thanks a lot.

Sabtu, 21 Mei 2011

KECELAKAAN YANG BERULANG TERUS BERULANG: TANAH RUNTUH ANAK YATIM MENJADI KORBAN


Terlalu banyak ataupun sudah berulang ulang kejadian tanah runtuh terjadi negara kita. Dan yg lebih mendukacitakan ianya berpunca daripada KESILAPAN KITA SENDIRI.



 Kali ini nak yatim menjadi korban, menambah bilangan statistik kematian yg sama. Terlalu sukar untuk diungkapkan nasib anak yatim yg tidak mempunyai sesiapa lagi untuk mengadu, tiada ibu bapa.

Pembangunan yg tidak terancang, ikut suka hati aku dan sebagainya menengelamkan nilai kemanusian seterusnya nilai keuntungan menjadi faktor utama. Bersabarlah, Allah lebih menyayangimu.



KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat Sabtu.
Setakat pukul 5.30 petang, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Bernama difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu. – BERNAMA




Tiada ulasan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...